PAHALA DAKWAH MENGALIR WALAUPUN HANYA DUDUK DI RUMAH

Sumbangan kecil untuk pastikan usaha dakwah di zaman serba mencabar ini berjalan lancar

002101784-H

MAQAS Digital yang berpayung di bawah MAQAS Management menganjurkan program crowdfunding untuk tujuan mengembangkan dakwah secara digital melalui penghasilan video di platform media sosial dan internet.

Memandangkan PKP telah berlaku beberapa kali, bisnes yang menyumbang kos operasi untuk menjalankan kerja-kerja ini telah terjejas. Dana yang dikutip ini digunakan untuk menampung operasi seperti seperti membeli peralatan, keperluan dan gaji bagi gerakkan dakwah digital yang dijalankan.

Jumlah Yang Diperlukan

RM 500,000.00

MAQAS Digital menghasilkan video-video dakwah dan inspirasi berunsurkan nilai-nilai Islam untuk membangunkan pemikiran serta membentuk sikap dan tindakan yang membawa kepada kemajuan dan keuntungan umat Islam. 

Video ini membantu transformasi diri dengan Islam atau dengan kata lainnya usaha dakwah. Usaha menghasilkan video perlu diteruskan untuk memastikan sebaran dakwah berterusan dan meluas.

Video ini semua memberikan impak positif dan mesej dakwah kepada penonton. Pabila anda menderma bermakna anda juga sedang membelanjakan harta anda untuk jalan Allah. Selagi video-video yang dihasilkan ditonton oleh orang ramai selagi itulah pahala mengalir untuk anda. Ibarat satu pelaburan akhirat yang amat menguntungkan.

Bayangkan jika 3000 orang view video daripada sumbangan anda, betapa besarnya pahala yang anda akan dapat dan ianya berterusan secara automatik.

Video ini boleh bantu orang yang tak dapat atau tak ada masa ke surau.

Jika direzekikan, mungkin asbab video yang anda bantu ini seseorang mungkin menerima hidayah Islam! Masha Allah...pahalanya tak terkira!

“USTAZ PRO” adalah sebuah aplikasi digital yang memfokuskan ‘self help’ dan ‘positive value’ untuk masyarakat. Seumpama “Neflix” versi islamik untuk anda. 

Sebuah pembelajaran digital yang mengandungi video, audio, infografik dan juga nota. Dengan harapan dapat memudahkan anda ‘access’ sumber inspirasi & ilmu yang lebih tersusun

Deposit awal sudah di bayar kepada pihak ‘apps developer’ namun masih banyak dana yang diperlukan untuk menjayakan aplikasi ini. 

Oleh itu bantuan anda amatlah diperlukan!

layari

www.ustazpro.com

DERMA SECARA BULANAN

DERMA SECARA 'ONE-OFF'